Dr Mahmoud
Ahmadinejad. Walaupun beliau bermahzab syiah, namun
keperibadiannya mengangkat imej kepimpinan Islam sebenar. Apa yang
dilakukannya, jauh berbeza dengan apa yang pemimpin UMNO@Islam Hadhari
kat Malaysia lakukan. Semoga pemimpin sebegini akan hadir memimpin
negara ini..
Oleh : Abu
Mardhiah, Subang
Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya
bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda
melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri
sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam
cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak
lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari
ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah
berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.
Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan
ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau
mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di
Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.
Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik
istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan
menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik
itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik
lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.
Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama
dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan
yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.
Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik
mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan
mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang
menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya
yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam
kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya
akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam
keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar
untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke
atas jawatan yang dipegangnya itu.
Perkara pertama yang
beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan
hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977,
sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun
yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun
simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam
akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang
pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.
Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu.
Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang
Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari
sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber
minyak dan sistem pertahanannya.
Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya
dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik
negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.
Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat
kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa
dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya,
sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang
disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut
dengan begitu ceria sekali.
Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet
peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk
menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau
menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa
pada kelas ekonomi.
Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para
menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan
pelaksanaannya.
Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat
pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa
dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.
Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti
majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala
bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke
pelbagai tempat di dalam negaranya.
Setiap kali beliau
perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau
hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar
untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas
lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.
Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau
sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para
pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja
beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut
laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar
mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam
kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika
Syarikat.
Sewaktu ingin
menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan
pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati
hidangan makanannya yang amat sederhana.
Hidup Kebenaran!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar